Jenis-jenis Tepung

Tepung gandum
Boleh dibeli dimana-mana kedai atau pasar, sesuai untuk membuat pelbagai jenis kuih-muih, roti, pastri, kek ataupun biskut. Tepung ini mengandungi sebanyak 9-10.5% protin.

Serbuk Penaik
Biasanya ia digunakan dalam pembuatan kuih muih, roti, pastri, kek dan biskut untuk mengembangkan adunan. Ia boleh dibeli dari kedai-kedai runcit.

Tepung Naik Sendiri
Ia boleh dibeli dari pasaraya. Tepung ini mengandungi sebuk penaik untuk mengembangkan adunan. Sekiranya sukar dapat tepung ini, anda boleh sebatikan 250g tepung gandum dengan 1 sudu besar serbuk penaik sebagai gantian.

Tepung Jagung
Berfungsi untuk memekatkan adunan. sesuai digunakan untuk membuat pankek, biskut ataupun roti untuk menambahkan nutrisi dan juga sebagai perasa.

Tepung Ubi
Tepung ubi digunakan untuk meliatkan adunan. Ia boleh digantikan dengan tepung sagu.

Tepung Kentang
Biasanya digunakan sebagai pengental, pengikat, pembentuk, bahan anti-lengket atau bahan agar-agar.

Serbuk Badam
Serbuk badam adalah badam tanpa kulit yang telah digiling menjadi serbuk halus. Ia boleh digunakan untuk membuat kek-kek, biskut-biskut, roti-roti manis dan juga pencuci mulut. Ia perlu disimpankan dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.

Serbuk koko
Serbuk koko adalah serbuk yang diperolehi daripada pepejal koko. Ia boleh digunakan untuk membuat pastri bewarna coklat. Secara umumnya, terdapat dua jenis serbuk koko, iaitu :

1) Serbuk koko yang semula jadi - berasid dan bewarna gelap.
2) Serbuk koko berjenama Dutch - telah dialkalikan untuk menghilangkan     keasidan koko, namun serbuk koko ini akan mengakibatkan biskut tidak dapat  naik dengan sempurna dan rasa pahit.