Wednesday, February 22, 2012

Kristal Strawberi Coklat

















Bahan-bahan A
130g                       mentega
30g                         minyak sapi
40g                         gula aising

Bahan-bahan B
½  biji                                 kuning telur
½ sudu teh                          serbuk penaik
½ sudu teh                          pewarna merah muda

Bahan-bahan C
3 sudu besar                      susu pekat manis
320g                                 tepung gandum
1 sudu besar                      nestum kisar

Hiasan
pewarna hijau
coklat masakan hitam (dicairkan)
kacang (dicincang)


Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan  bujurkannya.
5. Tekapkan adunan kosong dengan acuan bunga dan tampalkan ke atas biskut bujur sebagai daun. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
7. Setelah biskut sejuk, warnakan daun dengan pewarna hijau dan celupkan sebahagian biskut ke dalam coklat masakan hitam.
8. Taburkan kacang di atas coklat masakan hitam.

No comments:

Post a Comment