Tuesday, February 28, 2012

Biskut Nasi Coklat (Chocolate Rice Cookie)

















Bahan-bahan A
150g                       mentega
60g                         gula aising

Bahan-bahan B
20g                         lelemak/ lemak putih
180g                       tepung gandum               
20g                         tepung susu
30g                         oat (dikisar)
40g                         emping jagung (dikisar)
30g                         serbuk badam

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
nasi coklat hitam ( dark chocolate rice)

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
4. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam dan golek ke dalam nasi coklat hitam.
6. Masukkan biskut ke dalam can kertas.

Biskut Nestum Kopi

















Bahan-bahan A
125g                       mentega
50g                         gula kaster

Bahan-bahan B
½ biji                      kuning telur
½ sudu teh              pes kapucino

Bahan-bahan C
150g                       tepung gandum
30g                         tepung jagung
50g                         serbuk badam
30g                         kelapa kering (dikisar)

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
nestum/ bijirin gandum

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan, susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam dan golekkan biskut ke dalam nestum.

Jejari Emas

















Bahan-bahan A
150g                       mentega
60g                         gula aising

Bahan-bahan B
½ biji                      kuning telur

Bahan-bahan C
30g                         lelemak/ lemak putih
220g                       tepung gandum
60g                         tepung jagung
30g                         nestum (dikisar)
30g                         badam nib          
2 sudu besar            tepung susu

Hiasan
badam nib
coklat masakan hitam (dicairkan)
coklat masakan putih (dicairkan)

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli hingga menjadi doh.
4. Canai dan terap adunan dengan acuan berbentuk segi empat panjang.
5. Taburkan badam nib di atas biskut
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
7. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan hitam dan coklat masakan putih.

Tat Gulung Beri Biru

















Bahan-bahan A
250g                                 mentega
2 sudu besar                      minyak sapi

Bahan-bahan B
2 sudu teh                           pewarna ungu
1 biji                                   kuning telur

Bahan-bahan C
4 sudu besar            susu pekat manis
160g                       tepung jagung
500g                       tepung gandum
50g                         tepung susu

Bahan D
Jem nenas beri biru

 Hiasan
coklat masakan putih (dicairkan)
manik warna warni

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan sebatikan.
3. Masukkan bahan-bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Paipkan adunan, isikan jem nenas beri biru dan gulungkan.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 140 C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan putih dan manik warna warni.

Monday, February 27, 2012

Bebola Coklat Badam

















Bahan-bahan A
160g                       mentega
50g                         gula aising

Bahan-bahan B
120g                       tepung jagung
100g                       tepung gandum
1 sudu teh               esen vanilla
4 sudu besar            badam nib (dipanggang)

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
coklat masakan putih (dicairkan)
badam nib (dibakar)

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
3. Ambil adunan sebanyak 10g dan bulat-bulatkan.
4. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan hitam yang bercampur dengan badam nib.
6. Masukkan biskut ke dalam cawan kertas bewarna hitam.
7. Hiaskan dengan coklat masakan putih.

Biskut Badam Emping Jagung

















Bahan-bahan A
160g                       mentega
50g                         gula aising

Bahan-bahan B
¼ sudu teh              esen vanilla
120g                       tepung gandum
20g                         tepung beras
30g                         tepung susu
40g                         tepung jagung
20g                         serbuk badam

Hiasan
emping jagung
ceri merah

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan golekkan ke dalam emping jagung.
4. Tekan sedikit di tengah dan letakkan ceri merah.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Hiaskan dengan coklat yang dicairkan dan kepingan badam jika suka.

Puteri Salju

















Bahan-bahan A
250g                       mentega
80g                         gula aising

Bahan-bahan B
1 ½ sudu teh           pewarna epal hijau

Bahan-bahan C
270g                       tepung kentang
50g                         tepung susu
120g                       tepung gandum
400g                       tepung jagung

Hiasan
manik warna warni

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan pewarna epal hijau dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Masukkan doh ke dalam paip bermuncung (mulut paip 865) dan paipkan membulat.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Taburkan manik warna warni di atas biskut.

Coklat Beras Gelembung (Chocolate Bubble Rice)


















Bahan-bahan
500g                       beras  bubble/beras gelembung putih
30g                         badam nib
400g                       coklat masakan putih
100g                       coklat masakan hitam (dicairkan)

Caranya
1. Bakar beras bubble dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 10 minit agar ia  tidak mudah menjadi lemau.
2. Cairkan coklat masakan putih, masukkan semua beras bubble putih dan kacau       sehingga rata.
3. Masukkan badam nib dan sebatikan.
4. Sudukan ke dalam cawan kertas dan biarkan membeku.
5. Hiaskan dengan coklat masakan hitam.

Biskut Nestum Strawberi

















Bahan-bahan A
250g                       mentega
130g                       gula kaster
1 biji                       kuning telur
1 sudu teh               esen vanila
1 sudu teh               pes strawberi
½  sudu teh             pewarna merah muda

Bahan-bahan B
300g                       tepung gandum
120g                       tepung jagung
50g                         serbuk badam
½  sudu teh             soda bikarbonat
30g                         kelapa kering (dikisar)

Hiasan
putih telur
nestum
coklat masakan putih (dicairkan)

Carannya
1. Satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan B dan uli hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit adunan dan bujurkan.
4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan biskut ke dalam nestum.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan putih.

Friday, February 24, 2012

Kapucino Salju



Bahan-bahan A
160g                       mentega
100g                       minyak sapi
120g                       gula aising

Bahan-bahan B
260g                       tepung gandum
130g                       tepung jagung
50g                         serbuk badam
1 sudu teh               pes kapucino

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
serbuk roti putih
coklat strawberi cip

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
3. Canai dan terap doh dengan acuam berbentuk segi empat kecil.
4. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan hitam dan masukka ke dalam cawan kertas.
6. Letakkan sebiji coklat strawberi cip dan taburkan serbuk roti putih di atasnya.

Thursday, February 23, 2012

Arabian Night

















Bahan-bahan A
80g                         gula aising
130g                       minyak sapi

Bahan-bahan B
250g                       tepung gandum
20g                         tepung jagung

Bahan-bahan C
pewarna hijau
pewarna merah (mengikut citarasa)

Hiasan
gula kaster

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, warnakan bahagian pertama dengan pewarna hijau dan warnakan bahagian kedua dengan pewarna merah.
4. Ambil sedikit doh yang bewarna hijau, merah dan doh kosong, cantumkan dan bulat-bulatkan. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, golekkan biskut ke dalam gula kaster dan masukkan ke dalam cawan kertas.

Coklat Badam

















Bahan-bahan A
125g                       mentega
30g                         gula aising

 Bahan-bahan B
½  biji                                 kuning telur
1 sudu teh                           pes kapucino


Bahan-bahan C
250g                       tepung gandum
30g                         tepung jagung
20g                         serbuk badam



Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
coklat masakan putih (dicairkan)
badam biji

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tat kecil.
5. Kemaskan dan susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, paipkan coklat hitam ke dalam biskut dan letakkan sebiji badam biji di atasnya. 7. Hiaskan dengan coklat masakan putih.

Wednesday, February 22, 2012

Tat Teratai Layu
















Bahan-bahan A
250g                       mentega
80g                         gula aising

 Bahan-bahan B
1 sudu teh                           esen vanilla
1 biji                                   kuning telur

Bahan-bahn C
400g                       tepung gandum
50g                         tepung susu

Hiasan
pewarna epal hijau
jem nenas
manik warna warni

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan warnakan 1 bahagian dengan pewarna epal hijau. Cantumkan kedua-dua doh dan canai.
5. Terap adunan dengan acuan berbentuk bunga pecah 6 dan masukkan ke dalam cawan kertas.
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
7. Isikan jem nenas di tengah dan taburkan dengan manik warna warni.

Kristal Strawberi Coklat

















Bahan-bahan A
130g                       mentega
30g                         minyak sapi
40g                         gula aising

Bahan-bahan B
½  biji                                 kuning telur
½ sudu teh                          serbuk penaik
½ sudu teh                          pewarna merah muda

Bahan-bahan C
3 sudu besar                      susu pekat manis
320g                                 tepung gandum
1 sudu besar                      nestum kisar

Hiasan
pewarna hijau
coklat masakan hitam (dicairkan)
kacang (dicincang)


Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Ambil sedikit adunan dan  bujurkannya.
5. Tekapkan adunan kosong dengan acuan bunga dan tampalkan ke atas biskut bujur sebagai daun. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
7. Setelah biskut sejuk, warnakan daun dengan pewarna hijau dan celupkan sebahagian biskut ke dalam coklat masakan hitam.
8. Taburkan kacang di atas coklat masakan hitam.

Monday, February 20, 2012

Biskut Bunga Dahlia

















Bahan-bahan A
160g                       mentega
60g                         gula aising

Bahan-bahan B
1 biji                         kuning telur
½  sudu teh               esen vanilla


Bahan-bahan C
100g                         tepung jagung
50g                           tepung kastad
150g                         tepung gandum

Hiasan
pewarna merah muda
manik gula

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Ambil separuh doh dan warnakan dengan pewarna merah muda.
5. Masukkan doh bewarna merah muda dan doh kosong ke dalam acuan, semperit dan paipkan bentuk bunga.
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digrIs dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
7. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan manik gula di tengah biskut.

Mekar Hijau

















Bahan-bahan A
220g                       mentega
40g                         lelemak/ lemak putih
80g                         gula aising

Bahan B
1 biji                       kuning telur

Bahan-bahan C
290g                       tepung naik sendiri
60g                         tepung gandum               
50g                         tepung jagung
50g                         tepung ubi
40g                         kelapa kering (dikisar)

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
coklat masakan hijau (dicairkan)
coklat berbentuk biji kopi

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Canai dan terap doh dengan acuan berbentuk bulat.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digrIs dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Coklat berbentuk biji kopi : Tuangkan coklat masakan hitam ke dalam acuan berbentuk biji kopi dan keraskan. Keluarkan coklat.
7.Hiaskan biskut dengan coklat masakan hitam dan coklat masakan hijau. Letakkan sebiji coklat berbentuk biji kopi diatas biskut.

Tat Seroja


















Bahan-bahan A
250g                       mentega
40g                         gula aising

 Bahan-bahan B
1 sudu teh                               esen vanilla
1 biji                                       kuning telur

Bahan-bahan C
60g                                         tepunng jagung
1 sudu besar                            tepung kastad
400g                                       tepung gandum

Hiasan
kuning telur (dipukul)
pewarna kuning telur
ceri merah (dibelahkan)
mentega kacang tanah
manik warna warni

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Canai dan terap doh dengan acuan pecah 6.
5. Letakkan keatas acuan tat dan kemaskan.
6. Sapukan kuning telur dan pewarna kunimg telur.
7. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
8. Biarkan biskut sejuk dahulu sebelum buka dari acuan tat.
9. Paipkan mentega kacang tanah ke dalam biskut, letakkan ceri merah di tengah biskut dan taburkan dengan manik warna warni.

Wednesday, February 15, 2012

Biskut Romalet

















Bahan-bahan A
250g mentega
100g gula kaster


Bahan B
1 biji kuning telur


Bahan-bahan C
300g tepung gandum
60g tepung jagung
100g serbuk badam
60g kelapa kering (dikisar)


Hiasan
kuning telur (dipukul)
pewarna kuning telur
kelapa kering
manik Jumbo Love


Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Canai dan terap doh dengan acuan berbentuk hati.
5. Sapukan kuning telur dan pewarna kuning telur.
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digrIs dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.

Friday, February 3, 2012

Cinta Balkis

















Bahan-bahan A
180g                       mentega
20g                         lelemak/lemah putih
70g                         gula kaster
½ sudu teh               soda bikarbonat

Bahan-bahan B
30g                         nestum (diramas halus)
30g                         oat (dikisar)
30g                         serbuk badam
50g                         tepung jagung
20g                         tepung beras
150g                       tepung gandum

Hiasan
 coklat masakan putih (dicairkan)
 coklat masakan hitam (dicairkan)


Caranya
1.       Sebatikan bahan-bahan A.
2.       Masukkan semua bahan B dan uli sehingga rata.
3.       Ambil sedikit adunan  dan bujurkan.
4.       Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5.       Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan putih dan hiaskan dengan coklat masakan hitam.

Gula-gula Coklat ( Chocolate Sweeties )



















Bahan-bahan A
160g                       mentega
½ biji                      telur
100g                       gula aising

Bahan-bahan B
60g                         kelapa kering
230g                       tepung ubi
70g                         tepung gandum               
½ sudu teh              serbuk penaik
½ sudu teh              esen vanilla

Bahan C
Secukupnya                       badam biji (dibelah dua)

Hiasan
coklat masakan putih (dicairkan)
coklat masakan hitam (dicairkan)
manik Jumbo Love


Caranya
1.       Sebatikan bahan-bahan A.
2.       Masukkan bahan-bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut
3.       Ambil sedikit adunan, masukkan separuh badam biji dan bulatkan.
4.       Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5.       Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan putih dan masukkan ke dalam cawan kertas.
6.       Hiaskan biskut dengan coklat masakan hitam dan manik Jumbo Love.


Jejari Strawberi

















Bahan-bahan A
125g                       mentega
10g                         lelemak/lemak putih
50g                         gula aising

Bahan B
½ sudu  pes                        pes strawberi

Bahan-bahan C
25g                         serbuk badam
120g                       tepung gandum
25g                         tepung kentang
25g                         tepung susus
30g                         tepung jagung

Hiasan
Coklat strawberi ( dicairkan )
Serbuk roti putih
………………………………………………………………………………………………………………………

Caranya
  1. Sebatikan bahan-bahan A
  2.  Masukkan bahan B dan gaulkan sehingga rata.
  3. Masukkan semua bahan C dan uli hingga jadi doh.
  4.  Canai dan terap doh dengan acuam segi empat panjang.
  5.  Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam    ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
  6. Setelah buskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat strawberi dan golekkan biskut ke dalam serbuk roti putih.