Tuesday, February 28, 2012

Biskut Nasi Coklat (Chocolate Rice Cookie)

















Bahan-bahan A
150g                       mentega
60g                         gula aising

Bahan-bahan B
20g                         lelemak/ lemak putih
180g                       tepung gandum               
20g                         tepung susu
30g                         oat (dikisar)
40g                         emping jagung (dikisar)
30g                         serbuk badam

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
nasi coklat hitam ( dark chocolate rice)

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Ulang sehingga adunan habis digunakan.
4. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam dan golek ke dalam nasi coklat hitam.
6. Masukkan biskut ke dalam can kertas.

Biskut Nestum Kopi

















Bahan-bahan A
125g                       mentega
50g                         gula kaster

Bahan-bahan B
½ biji                      kuning telur
½ sudu teh              pes kapucino

Bahan-bahan C
150g                       tepung gandum
30g                         tepung jagung
50g                         serbuk badam
30g                         kelapa kering (dikisar)

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
nestum/ bijirin gandum

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi sebati.
4. Bulat-bulatkan adunan, susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan biskut ke dalam coklat masakan hitam dan golekkan biskut ke dalam nestum.

Jejari Emas

















Bahan-bahan A
150g                       mentega
60g                         gula aising

Bahan-bahan B
½ biji                      kuning telur

Bahan-bahan C
30g                         lelemak/ lemak putih
220g                       tepung gandum
60g                         tepung jagung
30g                         nestum (dikisar)
30g                         badam nib          
2 sudu besar            tepung susu

Hiasan
badam nib
coklat masakan hitam (dicairkan)
coklat masakan putih (dicairkan)

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan kuning telur dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli hingga menjadi doh.
4. Canai dan terap adunan dengan acuan berbentuk segi empat panjang.
5. Taburkan badam nib di atas biskut
6. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
7. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan hitam dan coklat masakan putih.

Tat Gulung Beri Biru

















Bahan-bahan A
250g                                 mentega
2 sudu besar                      minyak sapi

Bahan-bahan B
2 sudu teh                           pewarna ungu
1 biji                                   kuning telur

Bahan-bahan C
4 sudu besar            susu pekat manis
160g                       tepung jagung
500g                       tepung gandum
50g                         tepung susu

Bahan D
Jem nenas beri biru

 Hiasan
coklat masakan putih (dicairkan)
manik warna warni

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan sebatikan.
3. Masukkan bahan-bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Paipkan adunan, isikan jem nenas beri biru dan gulungkan.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 140 C selama 30 minit.
6. Setelah biskut sejuk, hiaskan dengan coklat masakan putih dan manik warna warni.

Monday, February 27, 2012

Bebola Coklat Badam

















Bahan-bahan A
160g                       mentega
50g                         gula aising

Bahan-bahan B
120g                       tepung jagung
100g                       tepung gandum
1 sudu teh               esen vanilla
4 sudu besar            badam nib (dipanggang)

Hiasan
coklat masakan hitam (dicairkan)
coklat masakan putih (dicairkan)
badam nib (dibakar)

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
3. Ambil adunan sebanyak 10g dan bulat-bulatkan.
4. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan hitam yang bercampur dengan badam nib.
6. Masukkan biskut ke dalam cawan kertas bewarna hitam.
7. Hiaskan dengan coklat masakan putih.

Biskut Badam Emping Jagung

















Bahan-bahan A
160g                       mentega
50g                         gula aising

Bahan-bahan B
¼ sudu teh              esen vanilla
120g                       tepung gandum
20g                         tepung beras
30g                         tepung susu
40g                         tepung jagung
20g                         serbuk badam

Hiasan
emping jagung
ceri merah

Caranya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan bahan-bahan B dan kacau hingga sebati.
3. Ambil sedikit adunan dan golekkan ke dalam emping jagung.
4. Tekan sedikit di tengah dan letakkan ceri merah.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Hiaskan dengan coklat yang dicairkan dan kepingan badam jika suka.

Puteri Salju

















Bahan-bahan A
250g                       mentega
80g                         gula aising

Bahan-bahan B
1 ½ sudu teh           pewarna epal hijau

Bahan-bahan C
270g                       tepung kentang
50g                         tepung susu
120g                       tepung gandum
400g                       tepung jagung

Hiasan
manik warna warni

Carannya
1. Sebatikan bahan-bahan A.
2. Masukkan pewarna epal hijau dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan semua bahan C dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
4. Masukkan doh ke dalam paip bermuncung (mulut paip 865) dan paipkan membulat.
5. Susunkan diatas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150 C selama 30 minit.
6. Taburkan manik warna warni di atas biskut.