Tuesday, January 31, 2012

Mengenali Biskut-biskut

Secara umumnya. biskut-biskut adalah dibuat daripada tepung, gula lelemak/ lemak putih, serbuk penaik dan soda. Biskut-biskut berbeza dari segi bentuk, saiz, tekstur dan rasa di mna ia dibuat berdasarkan kepada kegemaran sendiri.  Biskut-biskut diklasifikasikan kepada 7 jenis, iaitu :


Biskut Drop - meyudukan adunan lembut ke ats loyang, adunan akan menyebar dan menjadi rata semasa dibakar.


Biskut Refrigerator / Biskut Icebox - menyejukkan adunan, kemudian membentukkan adunan dalam bentuk silinder dan dipotong menjadi bulat sebelum dibakar.


Biskut Molded - uli adunan yang disejukkan dengan tangan sehingga menjadi bentuk bola ataupun bentuk biskut lain sebelum dibakar.


Biskut Rolled - menggulungkan adunan yang disejukkan dan canai dengan acuan.


Biskut Pressed -  paipkan adunan lembut dalam bentuk-bentuk yang dekoratif dengan alat tekan biskut sebelum bakar.


Biskut Bar - tuang atau tekan adunan ke dalam loyang dan potong dalam bentuk biskut selepas dibakar.


Biskut sandwich - biskut yang berisi




Tip-tip bagi Biskut


Berikut adalah tip-tip untuk membuat biskut yang berkualiti :-


1. Gunakan kertas pembakar yang berkilau untuk menghasilkan biskut-biskut yang bewarna kuning keemasan.


2. Gunakan sudu atau alat pengukur yang sesuai supaya adunan dibahagikan dengan seimbang kerana saiz biskut yang berbeza memerlukan masa bakar yang berbeza.


3. Sejukkan adunan supaya ia mudah potong.


4. Keluarkan biskut-biskut dari ketuhar apabila biskut-biskut hampir masak kerana biskut-biskut akan selesai masak di atas kertas pembakar.


5. Putarka dilang pembakar apabila setelah setengah masa waktu bakar supaya biskut-biskut dapat dibakar secara menyeluruh dan seimbang.


6. Mengukur semua bahan dengan berhati-hati supaya proses membuat biskut akan berjaya.


7. Panaskan ketuhar sebelum membakar biskut.

No comments:

Post a Comment